..JODOH OH JODOH 2..

hmm..
macam menarik je tajuk ni..
hehe mestilah menarik..
ni kan sambungan kepada catatanku yang lepas iaitu

maaflah, sambungannya baru sekarang dapat taip.. hehe sebenarnya dah terlupa,hari ni tergerak hati nak baca catatan yang lama-lama.. jadi baru tahu ada lagi yang belum sempurna pada catatan itu.. sebagai sambungan aku mulakan dengan lafaz mulia..
bismillahirrahmannirrahim..
assalamualaikum warahmatullah..
untuk catatan Jodoh Oh Jodoh sebelum ini telah kuhuraikan 
panjang lebar tentang dua perkara iaitu:

-soal menahan diri daripada menyatakan cinta
-jodoh kita yg memang sudah ditetapkan oleh Allah

Maknanya ada tiga lagi yang telah lama aku berhutang dengan para pembaca sekalian..

-solat sunat istikharah
-doa untuk orang yang bercinta
-dan panduan mencari calon isteri @ suami

~solat sunat istikharah~

hmm.. agak-agak la kenapa kita perlu menunaikan solat sunat istikharah? sebab nak kahwin je.. hehe inilah yang wajib diubah dalam minda masyarakat kita.. solat sunat istikharah bukan hanya untuk kahwin je.. macam-macam boleh.. contoh kita nak buat pilihan nak belajar kat mana kalau kita ditawarkan dua atau lebih tempat untuk sambung belajar. Bukan itu sahaja, kalau kita macam dah bosan sangat pakai baju sama dalam tempoh seminggu tu sampai tak tahu nak pakai baju yang mana, kita juga dituntut untuk solat sunat istikharah walaupun benda ni nampak macam remeh je. Dan mesti ada kebaikan yang disusuli selepas itu. Ye la mana la tahu hari tu kita terserempak pula dengan bakal mak mertua ke ayah mertua ke.. hehe baju yang kita pakai tu mestilah yang terbaik kerana Allah yang bagi kita ilham untuk memakainya.. betul tak? dan mak mertua tu pun berkenan je kat kita.. hehe (dah melebih-lebih plak).. Itulah solat sunat istikharah! tak kira apa pun jika melibatkan pemilihan, bersolat sunat iskharahlah.. itulah jalan yang terbaik kerana kita minta pandangan dan pendapat daripada Allah.. hmm tengok! alhamdulillah dah bertambah satu ilmu.. (eleh para pembaca semua dah tahu lah)

Solat sunat istikharah ditunaikan dua rakaat dengan satu salam.

Rakaat pertama bacalah ummulfurqan dan surah pilihan diri sendiri.. begitu juga dengan rakaat kedua bacalah ummulfurqan dan surah pilihan sendiri dan berakhir dengan salam.. Kemudian bacalah doa istikharah..

Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:



"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah  kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".
(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).



Tidak akan menyesal sesiapa yang bertanyakan penciptanya dan berbincang dengan orang-orang mukmin kemudian berhati-hati dalam menangani persoalannya.

Allah telah berfirman: "Dan berbincanglah dengan mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dll). Apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah".


~doa untuk orang yang jatuh cinta @ bercinta~

Semua orang yang jatuh cinta pasti merasakan nikmat cinta itu. Bercinta jika salah jalannya, nikmat itu makin makin lama makin luput. Jadi, jika salah bagaimana cara betulnya? Sebagaimana aku jelaskan dalam Jodoh Oh Jodoh sebelum ni, pergaulan antara lelaki dan perempuan itu 'wajib' ada batasnya. (Kenapa perlu ada batas-batas ni, leceh betul!) Leceh tak leceh, kita wajib tahu batas itu yang menguatnya ikatan dua hati. Tidak perlu selalu bersama, tidak perlu selalu berhubung. Cukuplah dengan doa untuk si dia, insyaAllah Allah yang jaga orang yang kita sayang. Allah yang jaga??! hmm..kan istimewa tu. KALAU ALLAH DAH JAGA, MAKA TIDAK ADA APA LAGI YANG PERLU KITA RISAU. betul tak? ALLAH JAGA BUKAN SETAKAT FIZIKAL KITA, BAHKAN ALLAH JAGA SETIAP DERAP JANTUNG DAN LANGKAH KITA. INSYA-ALLAH MAKIN SUKAR JALAN ITU, MAKIN KITA MENHAGHARGAINYA.. 

iNsYa-ALLah, di bawah ini doa buat yang sedang jatuh cinta, 

!!TAPI INGAT YE, JANGAN SEBAB JATUH CINTA, KITA JATUH DALAM NERAKA, NAUZUBILLAH HI MINZALIK!!


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi 
Maha Penyayang


Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan... 
Dia milikku tercipta buatku... 
Satukanlah hatinya dengan hatiku... 
Titipkanlah kebahagiaan antara kami... 
Agar kemesraan itu abadi... 
Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...
Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya... 
Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...
Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang dhaif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan 
kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang
beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina
kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...
Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...

Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.



~panduan untuk memilih calon isteri atau calon suami~


Mencari seorang suami atau isteri ini bukan senang. Jika kita mahu cari seorang lelaki atau seorang perempuan, sudah tentu ramai berlambak-lambak.Mencari seorang suami atau isteri bukan juga seperti kita beli pakaian di kedai atau pasar malam. Jika 'singkat' atau 'labuh' kita boleh tukar. Tapi kalau kita dah kahwin nanti, bolehkah kita main-main tukar macam tu? Ketahuilah suami dan isteri itu yang memainkan watak utama dalam drama rumahtangga. Kalau watak utama pun tidak tahu peranannya, drama  'KELUARGA BAHAGIA' itu juga akan hancur. 


Jadi, memilih suami dan isteri itu amatlah penting sehinggakan  Kekasih Allah sendiri telah mengingatkan  kita, dalam mencari pasangan hidup, 4 kriteria yang  perlu kita lihat.

Saya petik sebahagian dari artikel Ustaz Hasrizal atau Abu Saif dalam lamannya Saifulislam.com:

Hadith Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga.

Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadith ini di pelbagai sumber maklumat yang ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam konteks TEPAT dan JELAS. Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.

Apa tujuan berumahtangga?

“Begin with the end in mind“, adalah slogan kita untuk menepatkan matlamat kehidupan dan segenap peringkat perjalanannya.

Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.

Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia. Donald Trumph yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell, “aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku. Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku”

Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia. Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat? Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara? Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun.

Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

Berkahwin kerana kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali. Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama. Jika berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati.

Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan? Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.

Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu dimamah usia?

Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

“Maka pilihlah yang memiliki agama… nescaya sejahtera hidupmu”, pesan Nabi SAW.

Benar sekali, pilihlah yang beragama.

“Maka saya kena kahwin dengan USTAZAH, saya kena kahwin dengan USTAZ!”, kata seorang pelajar ‘bidang bukan agama’.


PENYAKIT “TIDAK JELAS”

Setelah begitu tepat sekali kita menolak harta, keturunan dan rupa paras sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah kita kepada masalah paling besar menguruskan fikiran tentang perkahwinan, iaitu penyakit “tidak jelas”, apabila tiba kepada soal beragama.

Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang ustazah atau ustaz?

Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?

Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.

Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.

Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan agama Islam ini?

Sejauh mana gred ‘A’ yang digarap dalam subjek “Pendidikan Islam” menjadi bekal dan perisai generasi Muslim dalam beragama?
“Yang memiliki agama” itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal MAHU yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan MAMPU dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.

Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan “jenama TAHU agama” tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.

Dia mungkin seorang ustazah.
Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.
(Dia mungkin seorang bakal guru seperi saya-penambahan maklumat)
Dia mungkin bertudung labuh.
Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. 
Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang ‘teachable“.

HANYA ‘BERAGAMA’?

Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak pada beragamanya pasangan kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras tidak punya sebarang makna.

Maka jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama dan rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak mengetahui nilai harta. Dia boros dan tidak bijak menguruskan harta rumahtangganya.

Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli nilai keturunan dan kekeluargaan. Dia tidak menghargai keluarganya sendiri, tidak menghargai keluarga suami atau juga keluarga isteri. Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.

Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan agama untuk tidak peduli kepada penampilan diri. Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan agama. Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu. Saban hari mukanya bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar..

Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelekat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kena mengena dengan agama.

Jadilah agama, sebagai alasan untuk sebuah rumahtangga itu menjadi rumahtangga terhodoh, terburuk dan terselekeh… atas nama berkahwin kerana beragama.

Hmm.. agaknya kita dah lebih jelas, insya-Allah. BERAGAMA itu bukanlah bermaksud USTAZ/USTAZAH sahaja. Dan tak semestinya kehidupan orang yang bukan ustaz/ustazah ni tak bahagia. Selagimana kita amalkan sunnah Rasulullah dari kita bangun tidur sehingga kita tidur semula, insya-Allah bahagia itu bersama kita. Tidak kiralah kita ustaz/ustazah@ cikgu biasa@ jurutera@ doktor @ akauntan sekalipun..

Sekian, hehe kira beres la ni ye.. no hutang2 anymore dah..

Salam perkongsian ilmu buat teman-teman yang sudi berkunjung ke blog yang tidak seberapa ini daripada saraassyahidah.blogspot.com.. (^_^)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan