Doa Elak Gangguan Sihir dan Hantu Syaitan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt



Secara jujurnya, aku katakan kepada kalian, mengenai gangguan hantu syaitan. Pada suatu ketika dulu, pada awal kemasukan di institut perguruan aku kerap diganggu oleh makhluk-makhluk halus. Tidurku kerap terganggu. Dan tibalah waktu klimaks aku sering mendengar bisikan-bisikan yang tidak diketahui dari mana datangnya suara itu. Akhirnya, aku cuba mencari penawar dan doa-doa supaya aku lebih tenang dan kalau boleh, dijauhi daripada gangguan-gangguan seperti ini lagi. Alhamdulillah doa yang aku sertakan di bawah ini telah kubaca dan kuamalkan dan dengan izin Allah aku tidak lagi diganggu makhluk durjana itu.. Alhamdulillah..Jadi kepada sesiapa yang mengalami keadaan sepertiku, silalah amalkan doa ini. Yakin dengan sebenar-benar yakin kepada Allah. InsyaAllah, mungkin inilah penawar yang kalian cari...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…
هذَا كِتَابٌ مِنْ مُحَمَّدٍ رَسُوْلِ رَبِّ العَالمَِيِْنَْ َ.إِلَى مَنْ طَرَقَ الْبَابَ مِنَ اْلعَمَّارِ وَالزَُّّوَّارِ. أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّ لَنَا وَلَكُمْ فِى الْحَقِّ مَنَعَةٌ, فَإِنْ تَكُ عَاشِقًا مُوْلِعًا أَوْ فَا جِرًا مُقْتَحِمًا أَوْزَاعِمًا حَقًّا اَوْ مُبْطِلاً. هَذَا كِتاَبَُ اللهِ يَنْطِقُ عَلَيْناَ وَعَليَكْمُ ْ بِالْحَقِّ إِناَّ كُنَّا نَسْتَنْسِخُ مَا كنُْتُمْ تَعْلَمُوْنَ وَرُسُلُنَا يَكْتُبُوْنَ مَا تَكْتُمُوْنَ, أُتْرُكُوْا صَاحِبَ كِتاَبِى هَذَا وَانْطَلِقُوْا إِلَى عُبْدَةِ الأَصْنَامِ وَإِلَى مَنْ يَزْعَمُ أَنَّ مَعَ اللهِ إِلَهًا أخَرَ لاَ إِلَهَ ِإلاَّ هُوَ, كُلُّ شَئٍْ هَالِكٌ إِلاَّ وَجْهَهُ لَهُ الحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُوْنَ وتُغْلَبُوْنَ. حم لاَ تَنْصُِرُوْنَ حم عسق, تَفَرَّقْ أَعْدَاءَاللهِ وَبَلَغَتْ حُجَّةُ اللهِ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ فَسَيَكْفِيْكَهُمُ اللهُ وَهُوَالسَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ صَدَقَ اللهُ اْلعَظِيْمُ

Maksudnya:
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kitab ini (Tulisan ini) daripada Muhammad utusan Tuhan Semesta Alam. Kepada sesiapa yang mengetuk pintu di kalangan al-’Amar dan al-Zuwwar (gelaran iblis dan syaitan).
Adapun selepas itu! Sesungguhnya antara kami dan kamu ada halangan dalam kebenaran, sekiranya kamu suka memperdaya, jahat, menipu atau berprasangka tentang kebenaran dan kebatilan, inilah Kitab Allah yang menjelaskan kepada kami dan kamu dengan penuh kebenaran. Sesungguhnya kami telah hapuskan segala apa yang kamu tahu dan utusan kami sentiasa mencatatkan apa yang kamu sembunyikan. Tinggallah / jauhilah pembawa Kitabku ini, nyahlah kamu kepada penyembah-penyembah berhala dan kepada mereka yang menyangka bahawa beserta Allah ada tuhan lain. Tiada Tuhan melainkan Dia. Segala sesuatu itu musuh kecuali Zat-Nya, bagi-Nya segala keputusan dan kepada-Nya dikembalikan dan dikuasai. Haa Mim, tiada sesiapa yang boleh memberi pertolongan. Haa Mim, Ain Sin Qaf, berpecahlah kamu wahai musuh-musuh Allah, telah tiba hujah-hujah Allah, tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah, maka cukuplah bagi mereka Allah, Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Benarlah Allah yang Maha Besar.

Peristiwa Tulisan Agung

Diriwayatkan oleh Baihaqi, seorang sahabat Nabi s.a.w. bernama Abu Dajanah yang berkata, “Aku telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w. dengan berkata, Wahai Rasulullah s.a.w., aku sedang berbaring tiba-tiba aku mendengar desir suara seperti bunyi kisaran gandum dan berdengung seperti lebah. Dan terlihat pancaran kilat lalu mengangkat kepala kerana terkejut dan takut. Tiba-tiba aku nampak bayangan hitam berdiri tegak memanjang memenuhi ruang rumahku. Lalu aku mendekati bayangan itu dan terasa kulitnya seperti bulu landak. Bayang itu menyemburkan cahaya seperti semburan bunga api ke arah mukaku sehingga aku menyangka badan dan rumahku terbakar. Lalu Rasulullah s.a.w. menyatakan, “itu adalah syaitan yang mahu mengacau atau membuat keburukan di rumahmu ya Abu Dajanah. Lalu Rasulullah s.a.w. menyuruh Saidina Ali b. Abi Talib, tulislah ini, maka Saidina Ali pun menulisnya seperti di atas. Aku membawa tulisan tersebut balik ke rumah dan aku letakkan di kepala dan tidur. Tidak lama aku mendengar jeritan dan tangisan berkata, “Wahai Abu Dajanah, engkau telah membakar kami dengan perkataan/tulisan di atas. Demi kebenaran sahabatmu, tolonglah buangkan tulisan tersebut, aku tidak akan mengacau engkau lagi. Tolonglah!. Abu Dajanah menjawab, “aku tidak akan membuangnya sehingga Rasulullah s.a.w. menyuruh aku membuangnya”. Abu Dajanah menyambung ceritanya, “sepanjang malam tersebut aku mendengar jeritan dan suara mengerang kesakitan sehinggalah menjelang Subuh. Ketika aku bersembahyang Subuh bersama Rasulullah s.a.w., aku telah menceritakan kepada Baginda hal tersebut. “Demi Allah yang telah mengutusku sebagai Rasul, sesungguhnya mereka (syaitan-syaitan) itu telah merasakan kesakitan dan akan menerima azab siksa hingga ke hari Kiamat.

Keistimewaan Tulisan Ini:
1. Menghalang gangguan makhluk halus.
2. Menghalang ilmu hitam dan sihir.
3. Menundukkan kezaliman orang yang zalim.
4. Memecahbelahkan kesatuan musuh.


TOLONG AKU DEMI ISLAM..TOLONGLAH..

wahai pemimpin-pemimpin negara,apa khabar Islam di negara kita pada hari ini?
aku amat berharap jawapannya seperti ini:
"Alhamdulillah, Islam makin bersinar di negara kita. Segala perintah Allah kita laksanakan, dan larangannya sesekali tidak pernah kita ingkar"


namun dukacitanya, jawapannya bukan begitu..
LIHAT! LIHATLAH wahai pemimpin negara!
hari ini makin banyak tragedi ngeri di seluruh ceruk negara kita..
makin menjadi-jadi gilanya para penduduk dunia..
melakukan maksiat dan jenayah membabi buta..
di mana silap kita????
silapnya kita langsung tidak melaksanakan sepenuhnya tuntutan kita sebagai Hamba Allah..
ISLAM ini bukan agama separuh separuh
separuh ambil separuh tinggal
macam itu?
kalau macam tu lah cara kita..
memang kita manusia yang gagal..
Allah SUdah menetapkan segala-galanya..
tunggu untuk kita laksanakan sahaja..
susah sangat ke?
Nak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih..


Aku pelajar sains sosial..
belajar bab undang-undang negara..
memang betul perlembagaan bukannya sesedap hati untuk digubal..
kerana terdapat prosedur2 yang harus diambil..
tapi belum cuba belum tahu..
HUDUD INI ALLAH TELAH BERIKAN UNTUK KITA TANGANI MASALAH JENAYAH DAN MAKSIAT DI DUNIA..
bukannya untuk makhluk lain..
Allah berikan istimewa untuk kita yang bernama manusia..


satu-satunya pintaku: TOLONGLAH...TOLONG LAKSANAKAN HUKUM HUDUD..AKU YAKIN SERTA PERCAYA,INSYAALLAH TIDAK SIA-SIA KALAU NEGARA KITA LAKUKAN HUKUM INI DAN MASUKKAN DALAM PERUNDANGAN NEGARA...RAKYAT KITA AKAN LEBIH BERDISIPLIN DAN TERATUR SIKAPNYA...


AKU TAK MAHU USAHA INI SEKADAR DI BIBIR DAN DI BLOG INI..
TOLONGLAH AKU WAHAI PEJUANG-PEJUANG AGAMA ALLAH..
SAMA2 KITA SEDARKAN MEREKA YANG TIDAK SEDAR..
SAMA2 KITA FAHAMKAN MEREKA YANG TIDAK FAHAM..
KERANA ITU CEBISAN DARIPADA TANGGUNGJAWAB KITA..
TOLONGLAH AKU SELAMATKAN UMAT YANG SEAGAMA DENGAN KITA..
TOLONGLAH AKU PERJUANGKAN HUKUM INI SEHINGGA KE TITISAN DARAH YANG TERAKHIR..
UMAT ISLAM MAKIN PUDAR KEISLAMANNYA KINI..
TOLONG AKU!!!
TOLONG AKU!!!
TOLONG AKU DEMI ALLAH!!!
TOLONG AKU DEMI ISLAM!!!
TOLONGLAH...

mencari yang jernih dalam keruh itu sukar

kelibat manusia dunia makin pelik dan sukar untuk dimengertikan
manusia dunia ini memainkan wataknya masing-masing
skrip telah diberi namun tidak semua manusia dunia ini mengikut skrip tersebut
ada yang menokok dan menambah skrip
ada pula yang mengurangkan skrip
ada juga yang langsung tidak mengikut skrip
tapi
ada manusia dunia yang tidak pernah lupa akan skripnya
dan sentiasa memainkan wataknya mengikut skrip yang telah dibuat
mereka ini golongan yang sedikit sahaja
kerana mereka tidak pernah komplen tentang skrip itu


skrip itu walaupun sudah sekian lama dibuat
namun manusia dunia itu tidak jemu-jemu menghafalnya
manusia dunia itu merasakan keenakan dan kemanisan
walaupun pada zaman yang keruh ini
manusia dunia itu tidak pernah berputus asa
ramai yang tertanya-tanya
kenapa? bagaimana? mengapa? manusia dunia itu begitu sikapnya


jawapannya,
'mencari yang jernih dalam keruh itu sukar, kerana itulah ramai yang mundur, tapi ingat, yang sukar itu yang Allah suka juga yang aku suka"


sama-sama renung maksud di sebalik itu..

aku akur....

malam ini..tibalah 30 ramadhan..malam terakhir kita bersama ramadhan..
sebak sekali rasanya..entah masih ada lagi ramadhan yang akan datang untuk kita?tidak berani aku menjawab persoalan itu..
hari ni, salah seorang jiranku telah menghadap Ilahi..Al-fatihah..
begitulah kita..hari ni, orang di sekeliling kita yang berangkat pergi..kita? ya, samada esok, lusa, atau mungkin hari sesudah lusa..siapa tahu..InsyaAllah sama2 muhasabah..


ramadhan kali ini memperlihatkan kepadaku berbagai-bagai keajaiban yang berlaku di sekitarku ini..alhamdulillah..perubahan yang baik..
ketika sendirian meniti hari, teringat jua padanya yang telah pergi buat selamanya..meninggalkan aku di sini..meneruskan sisa hidup..ya Allah bagaimanakah keadaannya di sana? ya Allah, berikan layanan yang terbaik supaya dia berasa tenang dan damai di sana..hati ini terlalu rindu. ya Allah..rindu mahu menatap wajahnya namun apakan daya sudah tidak berkesempatan..hari ni, kuburnya aku ziarah sebagai pengubat rindu..ya Allah, AKU RINDU PADANYA..=(


hmm..lupa pula,..ma akhbarukuma? (apa khabar kalian?) ana bilkhoir walhamdulillah (saya baik alhamdulillah)..
apa khabar ramadhan kalian? bagaimana? ok?
sihat?..insyaAllah moga2 sihat..


anak2 perantauan pula bagaimana? syawal makin membuka tirai ni..apakah rancangan kalian untuk meneruskan kelangsungan hari raya nun jauh di sana bersama teman2? kuharap kalian tidak sunyi dengan adanya teman2 di sekeliling..di sini, biasa2 sahaja..bukanlah sambutan meriah sangat pun..


p/s:jangan sedih2..insya-Allah raya tahun depan ke tahun lagi satu ke..kalian boleh menikmati raya bersama keluarga pula..


percaya atau tidak? jalan raya lengang je..tak jam(sesak) pun..cket2 tu adalah..tapi tak macam tahun2 yang lepas..pelik bin ajaib btul..barangkali, ramai yang tak da..dah belajar jauh2 dah semuanya..kemeriahan pun dah makin kurang..tapi tak tahula..mungkin sehari dua lagi jam kot..


assignment masih belambak lagi ni..laporan usrah pun masih tak siap..tugas sebagai kakak kepada adik2 pun tak kurang hebatnya...tapi alhamdulillah bab2 baju raya adik2 dah settle..kiranya, tuntutan sebagai anak perempuan pula yang masih belum sempurna.. biasalah, juadah raya akan digalas oleh bahu anak2 perempuan..jadi,tidak dapat tidak wajib ke atasku menolong umi menyiapkan juadah tersebut..ala kadar je..jangan nanti juadah tersebut yang menghalang untuk kita beribadat pada malam raya..kerana malam tersebut la, pahala yang banyak Allah kurniakan kpd hamba2Nya yang menghidupkan malam itu dan pintu syurga dibuka seluas-luasnya..kenapa? kerana sedikit sahaja orang yang beribadat pada malam tu..al-maklumlah ramai yang sibuk menyediakan bermacam-macam menu untuk esok hari..hmm,jadi, insyaAllah mudah-mudahan kita lah dari golongan yang sedikit tu..


itu sahaja untuk kali ni..minta maaf jika sepanjang aku bertutur di blog ini, ada yang terusik hatinya, maaf sangat3..semoga ibadat kalian semua di bulan Ramadhan ini mendapat redha Allah..wa InsyaALLah...


jumpa lagi(",)v