mencari yang jernih dalam keruh itu sukar

kelibat manusia dunia makin pelik dan sukar untuk dimengertikan
manusia dunia ini memainkan wataknya masing-masing
skrip telah diberi namun tidak semua manusia dunia ini mengikut skrip tersebut
ada yang menokok dan menambah skrip
ada pula yang mengurangkan skrip
ada juga yang langsung tidak mengikut skrip
tapi
ada manusia dunia yang tidak pernah lupa akan skripnya
dan sentiasa memainkan wataknya mengikut skrip yang telah dibuat
mereka ini golongan yang sedikit sahaja
kerana mereka tidak pernah komplen tentang skrip itu


skrip itu walaupun sudah sekian lama dibuat
namun manusia dunia itu tidak jemu-jemu menghafalnya
manusia dunia itu merasakan keenakan dan kemanisan
walaupun pada zaman yang keruh ini
manusia dunia itu tidak pernah berputus asa
ramai yang tertanya-tanya
kenapa? bagaimana? mengapa? manusia dunia itu begitu sikapnya


jawapannya,
'mencari yang jernih dalam keruh itu sukar, kerana itulah ramai yang mundur, tapi ingat, yang sukar itu yang Allah suka juga yang aku suka"


sama-sama renung maksud di sebalik itu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan