Assalamualaikum wbt
Tempoh hari, Sara menemami kakak menziarahi seorang rakan sekolah dia dulu. Pada mulanya, ingat nak singgah sekejap sahaja memandangkan masa itu dah petang. Langit pun nampaknya makin gelap, macam nak hujan. Tapi sebab dah lama tak jumpa, biasalah.
Sara tahu kalau tulis panjang-panjang pun, korang 'busy'. Nanti tak sempat juga nak baca. Hehe. Jadi, Sara ringkaskan. Dia anak sulung dalam adik-beradik. Umurnya sebaya dengan kakak Sara. Keadaan kakinya tak berapa baik sebab kemalangan. Apa yang Sara dapat belajar dengan dia adalah SEMANGAT UNTUK BELAJAR dan JANGAN PUTUS ASA!
Dia bukanlah berasal dari keluarga yang senang. Tambahan pula, anak sulung. Dia banyak berkorban untuk adik-adik. Sebenarnya akak ni, dia dah dapat tawaran sambung belajar. Tapi, sebaik sahaja terima tawaran, mesti ada sahaja perkara yang menjadi halangan. Terutama sekali bab duit. Jadi, untuk adik-adiknya yang masih lagi sekolah masa tu, dia terpaksa menyimpan hasrat untuk sambung belajar. Sepanjang perbualan kami, dia tidak pernah berhenti menyatakan,
"Walau macam mana sekalipun, saya mahu memegang segulung IJAZAH!"
Dia tidak kisah umurnya berapa. Tapi, dalam keadaan kakinya tidak berapa baik, berjalan pun susah, SEMANGAT DIA untuk masuk U, dan BELAJAR tidak pernah luntur. Memang sara TABIK SPRING!! Malu rasanya kan, kita yang sudah diberi peluang untuk belajar ni, tidak menggunakan peluang sebaiknya. Kadang-kadang dihantui dengan perasan
p/s : Bersyukurlah kita kerana diberi kesempatan untuk menjadi pelajar ber'graduate'! Ramai yang berusaha untuk semua ini dengan susah payah, tapi Allah permudahkannya untuk kita! Jadi, bersyukurlah...Alhamdulillah
Sara Assyahidah
15 Jun 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan