Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
♥ Allahumma solli a'la Muhammad ♥ Alhamdulillah rupa-rupanya setahun sudah berlalu. Hidup dalam genggaman amanah ini rasanya terlalu sukar. Bukan sukar untuk buat kerja, tapi sukar untuk berada terlalu tinggi. Orang yang duduknya terlalu tinggi, kalau jatuh, pasti dia lebih sakit daripada orang yang berada di bawah. Sara teringat pesan senior semasa bertugas sebagai pengawas sekolah di SMKA Naim Libanat, "Bukan senang nak jadi pemimpin. Pemimpin, sebelah kakinya di neraka dan sebelah lagi di Syurga". Jika salah memimpin, kaki yang di sebelah neraka itulah yang akan memainkan peranannya. Jika betul pimpinannya, maka alhamdulillah selamat. Pepatah arab mengatakan, 'Ketua sesuatu kaum adalah orang suruhan mereka'. Para sahabat masing-masing menolak untuk mengisi jawatan khalifah sebaik sahaja wafatnya Rasulallah sollallahu alaihi wasohbihi wassalam. Mereka yang begitu rapat dengan nabi masih merasakan mereka tidak layak untuk memimpin orang Islam dan empayar Islam yang begitu luas pada waktu itu. Terbalik pula keadaannya dengan zaman sekarang, semua orang berpusu-pusu kononnya nak jadi pemimpin. Padahal, hidup dalam kemewahan yang dikejar mereka. Mereka bukanlah pemimpin tapi pendusta besar yang ada pada era ini. Amanah ini bukan perkara main-main. Perkara yang kita buat di sini dan wajib di'jawab' di sana.
Lega ya Allah, setahun itu sudah berlalu. Namun cukup indah pengalaman setahun itu. Dalam tempoh tersebut, Sara dapat merasakan gelombang tarbiyah. Terima kasih buat Saudara Muhammad Fahmi selaku Pengerusi yang kata-katanya banyak menyedarkan Sara. Taujihadnya rasa begitu sampai ke hati yang gersang ini. Terima kasih kerana sudi menerima insan yang dhoif ini sebagai timbalan. Walaupun tahu diri ini tidak layak, tapi Sara rasa bersyukur kerana Allah gerakkan hati-hati mereka untuk memilih Sara. Alhamdulillah wa syukurilah, berkat kesungguhan tarbiyah ini, Sara menemukan cahaya yang selama hampir 21 tahun Sara cari. Allah.... sebelum ini Sara tahu cinta Ilahi, cinta nabi tapi sayang, Sara tak pernah rasa pun. Tahu tapi tak rasa. Sekarang apabila Allah bagi rasa ini, syukur tidak terhingga. Allah. Allah. Allah. Alhamdulillah, sekarang, Sara kenal apa itu cinta hakiki dan cinta abadi. Cinta Allah dan cinta Rasulallah solallahu alaihi wasohbihi wassalam. Sehingga lapar pun tidak terasa, dahaga pun tidak haus. Allah. Pernah satu ketika, semasa Sara demam baru-baru ini Sara tak rasa apa-apa semasa makan, pada waktu itu juga, Sara berdoa, "Ya Allah jika selama ini, nikmat rasa sedapnya makan ini mengganggu nikmat aku untuk bercinta dengan-Mu dan Kekasih-Mu maka Kau tariklah nikmat rasa pada lidah ini." Alhamdulillah Allah makbulkan doa itu walaupun demam sudah pulih. Itu yang Sara maksud dengan kata-kata tadi, lapar pun tidak terasa, dahaga pun tidak haus. Terima kasih juga buat Saudara Fauzan kerana banyak sangat membantu, memahamkan dan mengajar Sara dalam banyak hal yang Sara tak tahu. Terima Kasih kepada Saudari Izzati (Kak Ti) sebab banyak bersama Sara meniti suka dan duka dalam perjuangan setahun ini. Dan terima kasih buat seluruh ahli Biro Agama Afzan. Pengalaman berkerja bersama kalian amat bernilai dalam hidup ini.

p/s: Maafkan Sara atas segala kelemahan dan ketidakupayaan dalam menjalankan amanah yang diberikan. Insya-Allah sudilah maafkan Sara.
Sara Assyahidah
26 Februari 2012 (Ahad)
10.27 pagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan