Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Salam rindu Sara sebarkan buat sekalian alam. Sudah lama Sara tidak bertatih dalam coretan kecil ini.
Sara sedang mencari makna diri untuk berdiri teguh dalam ad-deen kerana telah terbit persoalan-persoalan untuk tidak lagi berada di takuk lama. Sudah tiba masanya untuk kaki ini melangkah jauh..
Lebih jauh dari biasa. Biar bisa orang lain untuk rasa apa yang telah Sara rasa iaitu nikmat Cinta Allah yang Maha Kuasa.
Sedikit cerita mahu Sara kongsikan bersama kalian. Sara insya-Allah bakal seorang guru dan seperti kebiasaanya kami akan dihantar ke bahagian pedalaman dan sekitar Sabah atau Sarawak apabila sudah tamat tempoh 5 tahun setengah berada di institut pendidikan guru ini. melihat kepada peningkatan guru-guru di sana terutama guru-guru perempuan Islam yang ramai dikristiankan, maka seorang hamba Allah telah memberi cetusan idea untuk mencari satu langkah berjaga-jaga bagi guru pelatih di sini.
Oleh itu, secebis cerita mahu Sara perdengarkan kepada pembaca. Sudikanlah dirimu mendengar cerita ini.
'Progam Pemantapan Akidah'! oleh Ustaz Abdullah Din (penceramah)
Sangat banyak input yang telah Sara dapat. Tertarik kepada kata-kata ustaz "Ustaz datang ke sini hari ini, dan tidak berhajat untuk datang lagi." Sara pelik juga. Ustaz berkata lagi " Bukan ustaz tak suka kat orang sini, tapi kerja untuk mengukuhkan akidah sesama muslim dan dakwah kepada yang bukan muslim ini bukan sahaja terletak di bahu ustaz. Tetapi kita perlukan lebih ramai orang yang berakidah mantap untuk mengerakkan kerja-kerja ini. Jadi sebaik sahaja ustaz meninggalkan dewan, peserta program dapat meneruskan kerja ini."
Berat sungguh tanggungjawab itu. Islam itu sendiri maknanya selamat. Oleh itu Sara perlu untuk meneroka Islam dengan bersungguh-sungguh. Agar Sara bukan sahaja dapat menyelamatkan diri jua boleh menarik orang lain dari terus tersungkur di lembah kehinaan. Matlamat Sara besar! Sara mohon agar tercapai yang dicita-citakan.
Dalam program tersebut, Ustaz Abdullah Din menyuruh kami, pihak urusetia untuk mengagih-agihkan setiap seorang satu Bible atau dikenali sebagai 'Al-Kitab'. Sara memegang kitab itu untuk pertama kalinya dan mengagih-agihkan kepada peserta program Muslimat. Setelah itu, Sara membelek-belek. Berdebar! Teruja! Takut! Bercampur baur perasaan itu.
Itulah antara pengalaman yang hebat sepanjang hidup Sara kerana berpeluang untuk membaca kitab suci penganut Kristian. Pertama kali membacanya, hati ini berasa amat bersyukur ditempatkan dalam kandungan ibu yang beragama Islam. Sungguh banyak kelompangan dalam kitab itu dan jauh sekali jika hendak dibandingkan dengan Kitab suci kita, Al-Quran. Benarlah, itu semua karya manusia yang sentiasa berubah-ubah. Apabila ada edisi baru, mesti ada penambahan dalam kitab mereka. Rasa terkilan! Sara mahu bantu mereka agar tidak terus mempercayai kitab yang diselewengkan oleh manusia. Kitab Injil dan Taurat wajib ke atas kita umat islam mengormatinya dan mempercayainya. Tetapi bukanlah kitab Bible yang telah dicemari oleh tangan-tangan manusia yang berkepentingan.
"Holy Bible" terdiri daripada 2 bahagian, Perjanjian Lama "Old Testament" dan Perjanjian Baru "New Testament".
Bersambung...
p/s : Ikuti sambungannya. Insya-Allah. (^___^)
Sara Assyahidah
6 Mei 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan