Jagalah Cintamu


Bismillahirahmanirrahim


Assalamualaikum wbt


Saya mulakan kalam ini dengan lafaz yang sangat mulia, Bismillahirahmannirrahim. Yang mana, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ma'lish. (hehe baru belajar dengan seorang sahabat satu loghat ni bermaksud 'minta maaf'). Sudah lama kita tidak bertemu. Bukan saya tidak mahu, cuma semenjak kebelakangan ini, proses mengakses untuk blog ini agak sukar. Seminggu juga lah. Lama kan? Tapi alhamdulillah, Allah telah mempertemukan kita semula. Maha Suci Engkau Ya Allah.


Untuk entri kali ini, mahu kuceritakan satu kisah. Sudikah dikau untuk membaca kisah ini? Kalau sudi, teruskanlah membaca. Kisahnya berkaitan dengan seorang remaja perempuan, Amalin (bukan nama sebenar). Amalin seorang remaja perempuan Islam yang dahulunya bersekolah di salah sebuah sekolah agama di Malaysia. Setelah mendapat keputusan SPM, Amalin telah ditawarkan ke peringkat pengajian yang lebih tinggi. Semasa dia di sana, ternyata  suasana di tempat pengajian barunya itu amat berbeza dengan suasana di sekolahnya dahulu. Dulu, semasa di sekolah, hanya terdapat pelajar perempuan di sekolah. Tetapi, semasa di sini dia terpaksa untuk berada di tengah-tengah kelompok masyarakat pelajar yang berbeza jantina. Lelaki, perempuan dan dot dot dot. Semasa pertama kali dia terpaksa berkerjasama dengan kaum lelaki di dalam kelas pengajiannya, dia rasakan satu beban yang amat besar. Kadangkala dia tidak mampu untuk mengangkat muka apabila berhadapan dengan insan bernama lelaki. Lama kelamaan, barulah keadaannya stabil. Niatnya hanya satu ‘Amalin datang sini untuk belajar kerana Allah’. Namun dalam dia tidak sedar, seseorang telah tertarik dengan perwatakannya itu. Amalin hanya gadis biasa. Tidak ada apa yang istimewa. Jika mahu dikatakan cantik sangat tu tak adalah. Tapi mungkinlah sedap mata memandang. *mungkin*. Namun dia tetap bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepadanya.
Masa berganti masa, Amalin buat pertama kali diuji dengan cinta lelaki di kampusnya. Namun alhamdulillah, berjaya dia menepis. Tidak lama kemudian, cinta lelaki lain pula menjengah, Amalin diuji lagi, Amalin terus mengelak. Alhamdulillah mereka dapat menerimanya dengan baik. Syukur. Setelah menolak semua itu, Amalin terus diuji. Namun lelaki ini sedikit berlainan. Lelaki ini mempunyai latar belakang yang tidaklah selancar orang lain. Mungkin ini sebahagian ujian yang Allah hadirkan pada lelaki ini sebagai tanda Allah sayangkannya. Amalin turut bersimpati dan ingin membantu dia supaya kembali ke jalan Allah. Pada masa yang sama, Amalin pun bukanlah seorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi. Sekadar mempunyai ilmu asas biasa mengenai Islam semasa dia menuntut di sekolah agama dahulu. Walaupun begitu, Amalin pun masih boleh dianggap cetek dalam ilmu tentang agama Islam. Sewaktu itu, Amalin masih jahil. Tidak tahu bahawa mengislahkan orang itu perlu kena caranya. Lama-kelamaan, lelaki tersebut sudah mula berani melafazkan kata cinta. Menawarkan kata cinta pada Amalin. Ya Allah! Amalin tersentak! Dia tidak pernah pun bersemuka dengan lelaki tersebut namun begitu mudah lelaki itu menawarkan kata cinta?
Namun Amalin bertenang, dan mengganggap itu semua mungkin sebab dia sudah biasa memberi untaian kata cinta kepada gadis yang dikenali sebelum itu. Amalin cuba menjelaskan kepada lelaki tersebut dengan kata-kata “ Maaf X. Amalin tidak berniat untuk memilih cinta atau sebagainya. Cuma Amalin mahu X faham. Amalin tidak pernah ‘couple’ dan tidak pernah terlintas untuk ‘couple’. Andai jodoh dan cinta itu datang suatu hari nanti, hanyalah suami Amalin yang berhak memiliki cinta ini. Sedaya upaya dari dahulu sampai saat ini, tidak pernah Amalin memberi cinta Amalin kepada lelaki yang langsung tidak berhak untuk itu. Walau siapa pun dia, jika satu hari nanti dia bergelar suami kepada Amalin, Amalin akan menerima seadanya dia. Maaf X.” Setelah menerima kata-kata itu, mungkin lelaki itu sedikit kecewa. Tetapi masih dan terus mencuba. Akhirnya, Amalin nekad! Dia mesti menghentikan semua ini sekarang. Nampaknya, lelaki tersebut cuba bermain helah. Hati Amalin berdesis ‘Maaf Amalin. Kau tidak berjaya mengajaknya untuk benar-benar kembali ke pangkuan Allah. Dan jangan kau pula yang terseret ke kancah yang dibenci Allah.’ Pesanan terakhir Amalin kepada lelaki tersebut, “Maaf X. Ini kali terakhir. Jangan cuba untuk hubungi Amalin lagi. Ingatlah, jangan pernah tinggal solat. Assalamualaikum”. Lelaki itu menanyakan sebab. Namun, Amalin membiarkan persoalan itu tidak dijawab. Alhamdulillah lelaki itu akhirnya memahami. Lalu sehinggalah saat ini, Amalin tidak tahu apa yang terjadi pada dirinya. Namun, hanya satu doa Amalin untuknya, semoga dia insaf untuk tidak mengulangi kekhilafannya yang lalu kerana Allah tidak memandang sejarahmu, namun Allah memandang taubat nasuhamu yang terbaharu. Sentiasalah memperbaharui taubat nasuhamu. Sepanjang mengenali lelaki itu, tidak pernah sekali pun hadir rasa cinta dalam dirinya untuk lelaki tersebut, bahkan Amalin menganggapnya satu pengalaman untuk dijadikan iktibar dalam hidup. Moga Allah memberi  petunjuk kepada lelaki tersebut, dan seluruh manusia yang masih lagi bernyawa.
Jadi, pesanan Amalin, jangan cuba untuk mendidik seseorang yang berlainan jantina dengan kita tidak kiralah niat kita baik untuk membentuk dia menjadi insan yang lebih baik atau sebagainya. Kalau kita kuat sekalipun, bagaimana dengan pihak yang didik itu pula? Kuatkah mereka untuk menjaga batas syariat? Bimbang nanti, syaitan pula yang mendidik kita!
Sekarang, alhamdulillah. Cinta Amalin masih selamat! Dan hanyalah yang benar-benar berhak akan mendapat cinta Amalin walau seringkali dia diuji dan terus diuji dengan  cinta dan perasaan. Insya-Allah mohon doa ya sahabat-sahabat agar Amalin terus kuat! Amin...Amin.. Ya rabbal alamin..
Dan Amalin itu sebenarnya ...........


p/s : Alasan untuk berdakwah jangan disalahgunakan. Kita sama-sama jaga cinta kita ya. Jangan serahkan kepada yang tidak berhak. (^_^)




Sara Assyahidah
27 Mei 2011

1 ulasan:

  1. assalamualaikum akak sara..citernya memang best...nice lha blog akak sara nie..adek ina suka gn jalan citer nie...

    BalasPadam