Tunisia sudah, Mesir dalam Perjuangan, dan Malaysia??

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah Allah masih lagi memberi nafas untuk menulis hari ini. Allah jua telah memberi izin untuk Sara menggunakan segala nikmat untuk menaip dan menaip.Meniup dan meniup semangat jihad dalam diri kita. Seperti apa yang telah Sara tulis sebelum ini dalam catatan,

Ambil iktibar sahabatku daripada kisah politik Tunisia!



Tunisia Insya-Allah dalam proses pembaharuan pemerintahan
pembersihan dalam pentadbiran
perubahan yang telah lama rakyat mereka nantikan
bekas presiden hanya mampu meraikan
kekayaan dunia di sebalik seribu satu kekalutan
dalam kerajaannya yang paling menjijikan
'pendusta' itu telah dicucuk hidungnya dengan kemewahan
pada waktu malam, diri dan hartanya  berjaya dilarikan
kerana takut kepada kebangkitan
akhirnya  mengikut jalan manusia yang berada dalam kegagalan.

Kini Mesir telah sedar dari mimpi yang telah lama mereka terlena 
Setelah pemimpinnya berulangkali memerangkap saudara sendiri dalam bencana 
dek kerana terikat dengan hubungan diplomatik yang langsung tidak berguna
bersama 'pendusta besar dunia' yang durjana
Perjuangan masih belum selesai
SINGKIRKAN pemimpin-pemimpin yang menjadi telunjuk yahudi semata
BANGKIT RAKYAT MESIR!!
BANGKIT!!
TERUSKAN KEBANGKITANMU!!

MALAYSIA pula bagaimana??
cukupkah sekadar menjadi penonton setia??
apakah tidak lagi sedar akan hakikat yang sebenarnya??
ISLAM kita perlu BANGKIT!!!
BANGUN!!!
BANGUN RAKYAT MALAYSIA!!
JANGAN SEKADAR BERPANGKU TANGAN!
DAN BERALASAN MURAH UNTUK TIDAK BERJUANG!!



Ingatlah kata-kata as-syahid Sheikh Ahmad Yassin,

"BUSH HARUS TAHU BAHAWA ORANG-ORANG YANG BERAQIDAH TIDAK PERNAH TAKUT DENGAN ANCAMAN! DAN ISLAM ITU SUNGGUH LEBIH KUAT DARI ATURAN, DIRI DAN NEGARA BUSH!"



Jua kata Dr. Abdel Aziz Ali Abdulmajid al-Rantissi,

"TIADA BEZANYA KEMATIAN ITU  SAMA ADA DIBUNUH ATAU SEBAGAINYA . TETAPI PERKARA YANG SAMA ADALAH HAKIKATNYA KITA SEMUA MENUNGGU UNTUK HARI YANG TERAKHIR DALAM HIDUP KITA. TIADA APA YANG AKAN BERUBAH. TIDAK KIRA BAGAIMANA PUN, KITA AKAN MATI SAMA ADA OLEH APATCHI ATAU SERANGAN JANTUNG! AKU LEBIH MEMILIH UNTUK MATI KERANA APATCHI!"
( dan pilihan BELIAU adalah SYAHID)



kata-kata ini akan Sara semat dalam hati menjadi semangat!! 


p/s : Ayuh manusia yang masih lagi berselimut, BANGUNLAH DARI TIDURMU, USAH MELAYAN MIMPI YANG SIA-SIA, KURANGKAN MAKANMU, LEBIHKAN MASAMU MENUJU ALLAH, SELAMATKAN SAUDARA KITA, MEREKA MASIH LAGI TIADA PEMBELAAN DARI DUNIA, MEREKA MENANTIKAN DAULAH MEREKA MENJADI HAK MEREKA SEMULA, KURANGKAN TIDURMU JIKA KAMU MAHU BERFIKIR MASALAH UMAT! ALLAHUAKHBAR 3x!!!


Sara Assyahidah
26 Januari 2011


Dambaan Ayat-Ayat Cinta

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt


Sewaktu kerja makin banyak bertimbun-timbun, masa inilah mood untuk menulis kian menjadi-jadi, barangkali 'stress' melanda, atau mungkin banyak perkara yang hendak dikongsi bersama.

Mujahid dan mujidah, Sara tahu ada di antara pembaca mulai resah, umur sudah makin menginjak dari satu nombor ke satu nombor, namun masih lagi belum mendapat pendamping yang sudi menemani.

Kes ini biasa berlaku. Jika berlaku kepada perempuan atau wanita, itu boleh dianggap suatu lumrah, kerana bilangan wanita lebih ramai daripada lelaki, dan seharusnya wanita-wanita yang berumahtangga berterima kasih kepada mereka yang rela membujang bukan mencemuh mereka sebagai anak dara tua 'andartu' atau anak dara lanjut usia 'andalusia'. Insan-insan ini sanggup berkorban untuk orang yang diberikan suami dan anak-anak lebih-lebih lagi anak kandung, dan mereka sekali pun tidak pernah merungut kepada kita. Jadi jangan melampaui batas !

Mereka rela hidup bersendirian dan kita pula hidup dengan penuh riuh rendah di rumah. Namun masih ada di antara kita yang tidak bersyukur. Astaghfirullahaladzim.

Jika berlaku kepada lelaki mungkin alasannya cukup-cukup munasabah, kerana mungkin faktor kesihatan, kewangan atau yang lebih tepatnya hanya difahami oleh mereka yang mengalaminya sahaja.

Dambaan Ayat-Ayat Cinta. 

Khas buat yang belum menjejaki alam rumah tangga. Selalunya insan yang sudah menginjak usia 20-an dan ke-atas ini sudah mula serius untuk hal-hal seperti ini. Ada yang sudah mula mencari pasangan hati dan tidak kurang pula yang sudah pun mempunyai calon.

Jika syarat-syarat dan batas-batas syariat dijaga dengan begitu rapi kepada yang sudah punya calon, alhamdulillah. Tapi kalau khuatir, jaga-jaga. Jangan biar syaitan itu mencelah dan bersarang di antara hati-hati kita.

Sara tahu dan cukup faham situasi remaja sekalian. Sara pun remaja juga. Jika ada antara pembaca yang hatinya sudah mula jatuh kepada seseorang, jangan lupa setiap kali sujud, harapkan yang terbaik di dunia dan akhirat. Jika si dia itu adalah yang terbaik buat kita, harapannya si dia dapat membimbing kita dengan cara yang tulus agar dapat bersama meraih redha Allah. Biiznillah. (^__^)




Dambaan Ayat-Ayat Cinta



Buat si dia,
jika kamu dambakan ayat-ayat cinta daripadaku,
aku akan bertindak tegas!
sekali pun tidak akan ada ayat-ayat cinta untukmu, 
Andai antara kita belum ada apa-apa ikatan yang sah,
bukan aku tidak romantis,
bukan jua aku  tidak memahami.

Tapi,
aku jaga batas ini untuk kemaslahatan bersama,
jika ditakdirkan dirimu untuk yang lebih berhak,
aku akan berasa cukup malu bukan sahaja pada Allah yang Maha Esa,
malah padamu dan pada yang berhak untukmu,
jua aku akan hidup dalam keadaan bersalah kepada yang berhak untukku.

Buat si dia,
aku yang menulis ini terlalu banyak mahu aku ceritakan padamu,
tapi kujaga lisan ini,
agar tidak terbabas iman dan taqwa,
agar tidak menjadi fitnah kepada pembawa-pembawa agama.


Jika benar aku adalah insan yang diciptakan untuk kau sempurnakan ibadahmu,
maka aku sedia,
percayalah aku yang tidak romantis ini,
yang tidak membalas dambaan ayat-ayat cintamu,
adalah insan yang tidaklah seperti kau kenali sekarang ini,
mungkin ada yang masih sama,
namun banyak yang belum dikau mengerti.

Kelak,
jika Allah satukan hati kita,
kau akan memahami bahasa cintaku,
kerana cinta si penulis ini,
Sara Assyahidah adalah buat si dia yang benar-benar untukku.


p/s : Salam seindah 'Dambaan Ayat-Ayat Cinta'. Jangan lupa baca entri seterusnya. Hehe =D


Sara Assyahidah
20 Januari 2011

Ambil iktibar sahabatku daripada kisah politik Tunisia!

Salam semua..
Bagaimana keadaan politik di negara masing-masing?
Harapnya dalam keadaan baik, alhamdulillah..

Jika kalian was-was untuk menjawab persoalan yang saya ajukan di atas,
baiklah,
saya bagi satu jalan untuk kalian pilih,
atau cara mudah untuk mengetahui bagaimana status kestabilan negara kalian..

Pertama, 
Para pemimpin menjalankan sepenuhnya tuntutan Allah, suruhanNya dan meninggalkan SEGALA apa yang dilarangNya.

Kedua,

Pemimpin menjaga solat.

Ketiga,
Tidak ada RASUAH dalam pentadbiran kerajaan.

Cukuplah sekadar TIGA syarat saya ini untuk menentukan keadaan politik di sesebuah negara.
Jika kalian bersetuju dengan saya tidak perlu kalian mengangkat tangan.
Cuma perlu kalian lakukan banyak kajian untuk mendalami selok-belok kerajaan negara sendiri.
HALAL dan HARAM dalam pentadbiran negara kita.
Sama-sama semak!

Kerajaan Tunisia telah berjaya digulingkan. Mengapa?

Tindakan tegas rakyat Tunisia yang telah bangkit menentang kezaliman yang wujud dalam negara mereka sejak sekalian lama. Hakikat yang perlu disedari ialah bahawa tiada mana-mana kuasa pemerintahan yang akan bertahan sampai bila-bila kecualilah kekuasaan kerajaan Allah SWT. Apatah lagi sekiranya pemerintah itu bertindak zalim terhadap rakyat dengan menafikan hak rakyat, sekaligus menidakkan peluang rakyat dalam sesebuah negara untuk membuat perubahan melalui demokrasi yang adil.

Barat yang memperjuangkan demokrasi moden ini perlulah menerima hakikat akan pilihan oleh rakyat Tunisia nanti, dengan tidak memberikan tekanan kepada mana-mana pihak terutamanya terhadap kumpulan Islam yang selama ini menghadapi berbagai tekanan dan tindakan zalim.

Tindakan zalim kerajaan Tunisia sebelum ini telah sekian lama menekan Islam dan mengambil tindakan zalim ke atas para ulamak. Islam ditekan dengan sebegitu lama, ulama-ulamanya dikenakan tindakan dan hukuman yang zalim (berupa) hidup dalam buangan sejak sekalian lama. Sedangkan mereka ini cuba membawa kehidupan Islam yang wajar dijadikan contoh dalam kehidupan rakyat di Tunisia

Ulamak terkenal. Sheikh Yusof al-Qardhawi turut memuji rakyat Tunisia yang bangkit menentang kerajaan yang zalim.Semua Muslim harus berjuang untuk keadilan.

"Saya dapat menyebut nama sekitar tiga ke empat negara-negara lain, di mana orang-orang kelaparan dan penguasa mereka mencuri kekayaan awam," kata Qardhawi.

Qardhawi juga mengucapkan satu bait dari Tunisia penyair terkenal Al-Shabie yang mengatakan berbicara tentang sindiran politik dan martabat rakyat 'Jika orang yang dikehendaki untuk hidup dengan kebebasan mereka harus menerima nasib sejak malam hilang dan kandang rosak'


Negara-negara Barat tidak boleh mengganggu Tunisia atas nama menyelamatkan negara. 


Merujuk kepada Perancis, rakyat Tunisia tidak akan menerima bantuan mereka kerana mereka tahu mereka (Perancis)  bertindak menentang umat Islam.

"Jika Perancis ingin membantu Muslim mereka harus membantu kami di Palestin," kata Qardhawi.

Sementara Rachid Ghannouchi, pemimpin parti politik AnNahda yang dibuang negeri dari Tunisia, menyatakan kesediaan untuk kembali ke negara itu.

Hal Tunisia ini wajib kita ambilnya sebagai iktibar wahai pejuang-pejuang agama Allah! Bagaimana pemerintahan kuku besi bekas presiden negara itu menyebabkan ribuan penunjuk perasaan berkumpul di sekitar negara itu bagi menuntut parti pimpinan bekas Presiden yang digulingkan, Zine El Abidine Ben Ali - Parti Pergerakan Institusi Demokratik (RCD) disingkir daripada kerajaan.

Pemerintahan yang menindas rakyat dengan kos sara hidup yang tinggi dan makin melampau.KENAPA?

RASUAH!!!

SYABAS BUAT RAKYAT TUNISIA!
Inilah fenomena KEBANGKITAN ISLAM!
Jadi apa tunggu lagi, tanyalah diri kita, apakah jihad kita untuk tegakkan syiar ISLAM di negara sendiri pula.

Salam Jihad daripada saraassyahidah.blogspot.com (^_^)/  'Allahuakbar3!!'


Penantian itu sungguh menyeksakan..

Assalamualaikum warahmatullah,
penantian itu sangat-sangat menyeksakan kan?
pernahkah kalian mengalaminya?
semestinya semua orang pernah atau sedang mengalaminya


penantian itu banyak jenisnya
penantian sang isteri menanti kepulangan sang suami
penantian seorang ibu menanti kepulangan anakanda
penantian seorang teman
dan untuk saya
penantian menanti kereta api sampai ke destinasi


ya Allah hanya Allah sahaja yang tahu
berapa lamanya saya terpaksa duduk di dalam kereta api semasa perlu berulang alik dari rumah ke institut
dan dari institut ke rumah


setiap kali nak balik mesti fikir dua tiga kali
itulah antara penantian yang menyeksakan bagi saya


namun harus diingat 
penantian itu biarpun menyeksakan
ada kalanya penantian mengajar kita erti hidup


ingin saya ingatkan juga di sini
buat mereka yang suka membuat seseorang ternanti-nanti
atau menungu-nunggu
elakkan sedaya mungkin
selalulah menepati masa
jangan biar orang lain menunggu kita


satu lagi
jika kita sudah pandai berjanji
jangan pernah kita berdusta
saya tidak mahu antara kita menjadi seorang insan yang mudah menabur janji
jua mudah menguburkannya
kerana 'sakit' apabila janji yang terkubur itu hanya Allah sahaja yang mengerti


Abu Dzar Jundub bin Junadah dan Abu Abdurrahman Mu'adz bin Jabal ra menerangkan, Rasulullah saw bersabda:


"Bertakwalah kepada Allah di manapun kamu berada. Dan ikutilah kejelekan dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapusnya. Dan pergaulilah manusia dengan akhlak terpuji."
(HR Tirmidzi dan ia berkata, "Ini adalah hadis hassan dan ada sesetengah kitab disebutkan sebagai hadis sahih")


Jangan pernah menabur janji
jika niat untuk menguburkannya
Jangan pernah kamu menanti
insan yang hanya manis katanya


salam muhasabah daripada saraassyahidah.blogspot.com  \(^_^)/

hari ini dan esok~!!



Apabila hati tersangat gembira dan bahagia, kita akan berharap moga-moga esok pun seperti hari ini. Tapi jika esoknya menjelma dan tidak seperti yang diharapkan, kita akan berasa amat hampa dan sedih. Kadang-kadang kecewa sehingga menangis-nangis. Apakah dalam situasi ini kita harapkan perkara yang sama masih lagi terjadi esok?? Sudah tentu tidak,bukan?


Mengapa kita begitu beria-ia mahukan kegembiraan dan kebahagiaan, namun kita tidak pula dapat menerima kesedihan dan penderitaan? Bukankah itulah pasangannya. Indahnya ciptaan Allah. Setiap perkara dan makhluk itu diciptakan pasangan mereka masing-masing. Seperti oksigen pasangannya karbon dioksida, air pasangannya api dan lelaki pasangannya wanita.

Mungkin inilah kesilapan dan kekhilafan tanggapan saya selama ini. Ya! Mesti saya ubah!

Benar! Jika Allah tidak menciptakan perasaan sedih dan derita, bagaimana mungkin kita kenal erti gembira. Jika Allah tidak menjadikan susah dan sukar bagaimana kita mahu kenal erti senang dan mudah. 

Lihat! Benda ini memang sudah berabad dikhabarkan kepada kita. Namun apa kesannya?

Kita dengan perangai lemah yang tak sudah-sudah terus mepersoalkan bermacam-macam, 'kenapa?' 'mengapa?'.."kenapa nasib aku sentiasa malang? Orang lain, aku tengok da senang-lenang. Makin lama makin bahagia..kenapa aku tak macam tu!!"

Inilah perangai yang tak habis-habis insan yang bergelar HAMBA. Dengan membawa status itu, kita terus meninggikan hidung dan berjalan di atas muka bumi dengan penuh bongkak! 

Kenapa jika kita bahagia, kita tidak pula berkata, " kenapa aku gembira, kenapa orang lain tak gembira macam aku!!"

Agak-agak ada ke?

"Ya Allah, kenapalah aku diuji sebegini?" inilah doa kita sewaktu susah. Kita hanya sedar apabila Allah menguji kita dengan keadaan susah seperti itu. Lupakah kita, dalam keadaan mewah pun kita diuji. Namun berapa ramai yang sedar mereka sedang diuji pada ketika itu. Tak ramai!! Jadi jika Allah uji kita dengan keadaan susah, bersyukurlah. Kerana ramai dalam kalangan kita, apabila diberi harta menggunung tinggi, makin dia mengejar dunia. Sedangkan dunia ini ibarat air laut makin diteguk makin bertambah rasa dahaga. 

Maafkan saya jika saya cuba berkata jujur. Hari ini menteri-menteri kita diberi gaji yang melampau-lampau tingginya. Namun kerja masih lagi lembab dan tidak cekap. Mengapa masih ada golongan-golongan yang tidak diingini oleh rakyat seperti ini dalam pentadbiran negara kita sehinggakan wang kopi dijadikan darah daging anak beranak mereka. WANG KOPI?? Sudah tidak relevan lagi digelar wang kopi abad ini. WANG NERAKA dalam bahasa kasarnya. 

Rakyat akhirnya tersepit dibawah pemerintahan yang tidak siuman semacam ini. Jangan jadikan orang lain mati tidak berkubur hanya sekadar untuk suap ke mulut sendiri sampai muntah! Jadilah pemimpin yang bersih dan tidak perlu bermewah-mewah. Ingatlah jika tidak hari ini kita diheret ke mahkamah dunia, MANA MUNGKIN KITA TERLEPAS DALAM MAHKAMAH ALLAH!

HARI INI?? BIARPUN HARI INI TIDAK SEINDAH SEMALAM, NAMUN JADIKAN DIRI KITA HARI INI HAMBA YANG ALLAH BANGGAKAN..

ESOK?? BIARPUN ESOK BELUM MENJELMA, NAMUN JADIKAN DIRI KITA TIDAK LALAI UNTUK MEMIKIRKAN BILA KITA DIKAFANKAN..

::sara::