Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Apa warna yang pembaca suka? Warna coklat? Sama dengan Sara lah kalau macam itu. Orang kata penggemar warna coklat ini biasanya seorang yang kenal diri, romantis dan sensitif. Betulkah? Bagi Sara mungkin betul 90 peratus.
Sebenarnya, rahsia warna ni banyak. Ada yang kita setuju ada yang tidak ada kena- mengena pun dengan diri kita. Apa-apa pun, yang paling utama insya-Allah tidak menjejaskan akidah kita. Tapi kalau rahsia tarikh lahir, pembaca wajib tahu bahawa itu bercanggah dengan akidah Islam kerana tarikh, masa dan hari kita dilahirkan adalah takdir Allah. Tidak ada seorang manusia pun dapat mengubahnya. Berbeza dengan warna. Warna kegemaran kita boleh berubah mengikut keadaan dan individu itu sendiri. Jadi ambillah rahsia di sebalik warna kegemaran ini sekadar pengetahuan bersama. Tidak ada paksaan untuk menerimanya. Sekadar untuk suka-suka dan muhasabah diri.
Baiklah, di sini Sara bahagikan kepada dua kategori dalam menafsir rahsia warna. Rahsia warna untuk wanita dan rahsia warna untuk lelaki.
((-RAHSIA WARNA KEGEMARAN WANITA-))
Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna dan tafsiran perwatakannya.
MERAH
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-
senang.
BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.
HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak,
patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga
kadang-kadang seakan kolot.
HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.
COKLAT
Kaya dengan sifat keibuan, romantis, suka merendah diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was, takut berbuat salah, sedikit sensitif dan kenal diri.
UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.
KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan
cerdas dan bijak.
KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.
PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur, rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal
((-RAHSIA WARNA KEGEMARAN LELAKI-))
Putih
Melambangkan kesucian dan kesegaran. Ia simbol seorang yang ingin memulakan hidup baru. Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Ia juga melambangkan kebersihan dan kebolehan professional.
Merah
Melambangkan tenaga fizikal. Dari segi kebaikannya dia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya, ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan. Merah juga berkait dengan kemarahan.
Jingga
Ia adalah campuran merah dan putih . Ia melambangkan sifat kewanitaan .Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan.
Oren
Warna ini adalah campuran dan kuning. Ia melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning. Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia di anggap warna yang amat kuat dan pelik bagi setengah setengah orang.
Kuning
Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan penarian intelektual dalam berbagai bidang.Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu ,tetapi bagi setengah orang ia di anggap warna yang memaksa .Ada juga mengaitkan kuning dengan sikap pengecut.
Hijau
Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru. Ia di anggap warna alam. Ia berkait dengan pertumbuhan dan pembaikan dan di anggap warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda-benda hidup dan yang menolong atau mengubati orang lain. Sekiranya anda sakit, adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri .Ia juga warna yang baik untuk berehat dan menenangkan fikiran .Warna hijau di kaitkan dengan cemburu.
Ungu
Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi. Orang yang memakai warna ini di katakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian.
Hitam
Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan .Ia juga melambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri.
Coklat
Ia tanda banyak wang. Ia juga tanda pengasih, dan mempunyai prospek masa depan. Jika mahu banyak wang, ada yang menyarankan agar memakai warna coklat.
p/s : Perkara yang positif itu kita cuba jadikan kelebihan diri dan perkara negatif itu, kita sama-sama muhasabah dan perbaiki diri ke arah lebih baik. Setuju ? Hehe jumpa lagi. (^___^)
Sara Assyahidah
3 April 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan