Tolong Sampaikan pada Si Dia


Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..


Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..


Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..


Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..


Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..


Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..


Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..


Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..


Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..


Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...


Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...



Izinkan Aku Beristikharah..

Salam..assalamulaikum buat semua, ikhwan wa akhwat..
Semoga imanmu dalam keadaan lebih baik dari semalam..
Jangan jadi seperti hamba Allah ini yang makin lama kurasakan makin jauhnya aku dengan Penciptaku..
Ya Allah, aku hamba yang berdosa..tolong Ya Allah jaga hati ini..
aku mahu sentiasa dalam redhaMu..
Setiap detik yang aku tempuh, aku mahu Kau sentiasa memandang ke arahku
Janganlah ya Allah kau berpaling daripada memandangku..
Sudilah KAU bercinta dengan hambaMU ini, ya Allah..
Jika KAU tidak mencintaiku..
Siapa lagi yang akan menyintai diri ini..
Kerana cintaMU sahajalah yang kekal abadi..

Dengan itu,aku memilih istikharah sebagai jalan redhaMu ke atas setiap yang bakal aku lakukan..
Biarpun perkara itu nampak remeh tapi aku tak sanggup dalam keremehan itu perasaan cintaMU padaku kian pudar..
Ya Allah,permudahkanlah segalanya untukku menuju kepadaMU..
Kau fahamkanlah setiap insan di sekelilingku memahami mengapa aku berbuat begitu dan begini,
kerana untuk bertahan di jalanMu ini amat sukar ya Allah,
jangan biar aku gelincir walau sesaat sekalipun,
tapi ya Allah beri aku KEKUATAN untuk terus berdiri teguh di jalan ini..

Istikharahku adalah salah satu caraku untuk mendapat rahmatMu..
supaya setiap apa yang aku lakukan mendapat restu daripadaMU dan kedua orang tuaku..

Maafkan aku jika ada kekhilafan berlaku,
caraku ini mungkin kelihatan aneh kepada yang belum memahaminya,
namun kelihatan manis kepada yang tulus menilainya, INSYA-ALLAH..










::Istikharahlah dalam setiap urusanmu::
 *pesanan ini ikhlas kutujukan kepada diri sendiri..('',)/



.::Lelaki itu Menambat Hatiku::.


salam rindu buat semua pembaca..
mahu juga aku tahu pembaca-pembaca blogku ini ramaikah di antara mereka, golongan hawa??
andai kata ramai alhamdulillah..aku bersyukur kerana golongan hawa itu sememangnya golongan yang amat suka membaca..bukan aku mahu katakan kaum adam tidak membaca, tentu sekali kaum adam yang mendengarnya marah bukan? bukan begitu maksudku..kaum adam tidak membaca bukan kerana tidak suka tapi mereka lebih suka amali daripada teori..pendek kata kaum adam dan kaum hawa, kedua-keduanya ada cara masing-masing untuk mendapatkan ilmu..

bercakap tentang ilmu, mahu aku berceloteh panjang mengenai tajuk di atas. Orang kata 'Sharing is Caring'..jadi ilmu yang sedikit ini aku kongsikan bersama kalian. Siapakah lelaki itu? dan mengapa lelaki itu menambat hatiku?

Lelaki itu bersih jiwanya, bersih daripada dosa dan noda. Lelaki itu tidak sesekali berbuat sesuatu yang dilarang agama. Lelaki itu sentiasa kuat dalam apa jua cabaran yang dihadapinya. Lelaki itu tidak menjadikan merokok dan seangkatan dengannya sebagai amalan harian. Lelaki itu bersih perkataannya. Lelaki itu menghiasi bibirnya dengan alunan kalimah-kalimah cinta daripada Rabb (seorang hafiz). Lelaki itu seorang penghafal hadis 40 imam nawawi. Lelaki itu manis senyumannya dengan manis wajahnya bersuluh iman dan taqwa. Lelaki itu baik peri lakunya bersama orang tua.Lelaki itu seorang yang suka membantu orang lain. Lelaki itu boleh berbahasa arab dengan baik.Lelaki itu romantis dan berusaha untuk menjadi seorang lelaki yang romantis seperti Rasulullah. Lelaki itu orang yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Lelaki itu seorang yang berlemah lembut dengan orang tuanya.Lelaki itu seorang dai'e yang tidak berputus asa dalam jihadnya.Lelaki itu tidak pernah membiarkan malamnya berlalu begitu sahaja tanpa amal ibadat kepada Rabbnya. Lelaki itu sebenarnya.... lelaki itu sebenarnya....lelaki itulah sebenarnya yang menambat hatiku.

Menyenaraikan hal tersebut bukan bermaksud aku telah siap untuk 'mencari'. Aku tidak pernah berniat untuk memikirkan hal ini seawal usia puluhan tahun ini. Kerana mungkin anganku terlalu tinggi. Namun sebelum mencari yang SOLEH, aku mestilah seorang yang SOLEHAH. Aku mestilah seorang yang sentiasa memperbaiki diri dan amal ke arah kesempurnaan sebagai Kaum Hawa yang bergelar Hamba Allah.

Sebenarnya, aku mahu golongan Adam tahu bahawa akan ada kriteria2 yang tidak ada pada dirinya dan ada pada kebanyakan orang adalah LEBIH BAIK. Merokok contohnya, mengapa aku tidak mahu seorang lelaki yang menambat hatiku ini seorang perokok apa lagi perokok tegar. Kerana aku mahu mengisi kekosongan hidup bersamanya bukan untuk setahun dua, tapi untuk sepanjang hayat di dunia dan Insya-Allah aku mahu bersamanya untuk alam yang kekal buat selamanya pula. Aku tidak mahu aku serta zuriatku nanti kehilangan seorang insan yang kami sayang akibat rokok. Aku juga tidak mahu zuriatku nanti mengamalkan perkara-perkara yang aku anggap membazir dan memudaratkan diri sendiri dan orang lain ini. Merokok adalah perbuatan yang mementingkan diri sendiri kerana risiko orang yang berada di sekeliling individu yang merokok adalah lebih tinggi daripada perokok tersebut. Ingat pesanku ini!
"Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri."

Apa yang aku senaraikan di atas adalah sebagai peringatan diriku jua. Insya-ALLah apa yang aku tulis adalah apa yang aku cuba usahakan. Aku juga ingin menjadi individu seperti Lelaki Itu.

"AKU BUKANLAH MENCARI SEORANG YANG SEMPURNA NAMUN AKU MENCARI SESEORANG YANG MENUJU KE ARAH KESEMPURNAAN."

Manusia sebenarnya tidak dapat lari dari melakukan dosa. Namun berusahalah sedaya mungkin untuk menghindari perbuatan dosa. Dosa kecil bisa terampun dengan wudhuk. Dosa besar bisa terampun dengan Solat Sunat Taubat.

Sebenarnya, masih banyak tanggungjawab yang aku galas kini belum terlaksana. Matlamatku: Aku mahu menjadi insan yang berilmu. Kerana aku mahu jadi yang TERBAIK untuk RABBku,TERBAIK untuk ibubapaku, TERBAIK untuk lelaki yang kan menemani hidupku nanti dan yang TERBAIK untuk bakal zuriatku. wa Insya-Allah. Lelaki Itu benar-benar menambat Hatiku....

Bingkisan buat Sahabat....

video

Doa Elak Gangguan Sihir dan Hantu Syaitan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt



Secara jujurnya, aku katakan kepada kalian, mengenai gangguan hantu syaitan. Pada suatu ketika dulu, pada awal kemasukan di institut perguruan aku kerap diganggu oleh makhluk-makhluk halus. Tidurku kerap terganggu. Dan tibalah waktu klimaks aku sering mendengar bisikan-bisikan yang tidak diketahui dari mana datangnya suara itu. Akhirnya, aku cuba mencari penawar dan doa-doa supaya aku lebih tenang dan kalau boleh, dijauhi daripada gangguan-gangguan seperti ini lagi. Alhamdulillah doa yang aku sertakan di bawah ini telah kubaca dan kuamalkan dan dengan izin Allah aku tidak lagi diganggu makhluk durjana itu.. Alhamdulillah..Jadi kepada sesiapa yang mengalami keadaan sepertiku, silalah amalkan doa ini. Yakin dengan sebenar-benar yakin kepada Allah. InsyaAllah, mungkin inilah penawar yang kalian cari...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…
هذَا كِتَابٌ مِنْ مُحَمَّدٍ رَسُوْلِ رَبِّ العَالمَِيِْنَْ َ.إِلَى مَنْ طَرَقَ الْبَابَ مِنَ اْلعَمَّارِ وَالزَُّّوَّارِ. أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّ لَنَا وَلَكُمْ فِى الْحَقِّ مَنَعَةٌ, فَإِنْ تَكُ عَاشِقًا مُوْلِعًا أَوْ فَا جِرًا مُقْتَحِمًا أَوْزَاعِمًا حَقًّا اَوْ مُبْطِلاً. هَذَا كِتاَبَُ اللهِ يَنْطِقُ عَلَيْناَ وَعَليَكْمُ ْ بِالْحَقِّ إِناَّ كُنَّا نَسْتَنْسِخُ مَا كنُْتُمْ تَعْلَمُوْنَ وَرُسُلُنَا يَكْتُبُوْنَ مَا تَكْتُمُوْنَ, أُتْرُكُوْا صَاحِبَ كِتاَبِى هَذَا وَانْطَلِقُوْا إِلَى عُبْدَةِ الأَصْنَامِ وَإِلَى مَنْ يَزْعَمُ أَنَّ مَعَ اللهِ إِلَهًا أخَرَ لاَ إِلَهَ ِإلاَّ هُوَ, كُلُّ شَئٍْ هَالِكٌ إِلاَّ وَجْهَهُ لَهُ الحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُوْنَ وتُغْلَبُوْنَ. حم لاَ تَنْصُِرُوْنَ حم عسق, تَفَرَّقْ أَعْدَاءَاللهِ وَبَلَغَتْ حُجَّةُ اللهِ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ فَسَيَكْفِيْكَهُمُ اللهُ وَهُوَالسَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ صَدَقَ اللهُ اْلعَظِيْمُ

Maksudnya:
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kitab ini (Tulisan ini) daripada Muhammad utusan Tuhan Semesta Alam. Kepada sesiapa yang mengetuk pintu di kalangan al-’Amar dan al-Zuwwar (gelaran iblis dan syaitan).
Adapun selepas itu! Sesungguhnya antara kami dan kamu ada halangan dalam kebenaran, sekiranya kamu suka memperdaya, jahat, menipu atau berprasangka tentang kebenaran dan kebatilan, inilah Kitab Allah yang menjelaskan kepada kami dan kamu dengan penuh kebenaran. Sesungguhnya kami telah hapuskan segala apa yang kamu tahu dan utusan kami sentiasa mencatatkan apa yang kamu sembunyikan. Tinggallah / jauhilah pembawa Kitabku ini, nyahlah kamu kepada penyembah-penyembah berhala dan kepada mereka yang menyangka bahawa beserta Allah ada tuhan lain. Tiada Tuhan melainkan Dia. Segala sesuatu itu musuh kecuali Zat-Nya, bagi-Nya segala keputusan dan kepada-Nya dikembalikan dan dikuasai. Haa Mim, tiada sesiapa yang boleh memberi pertolongan. Haa Mim, Ain Sin Qaf, berpecahlah kamu wahai musuh-musuh Allah, telah tiba hujah-hujah Allah, tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah, maka cukuplah bagi mereka Allah, Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Benarlah Allah yang Maha Besar.

Peristiwa Tulisan Agung

Diriwayatkan oleh Baihaqi, seorang sahabat Nabi s.a.w. bernama Abu Dajanah yang berkata, “Aku telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w. dengan berkata, Wahai Rasulullah s.a.w., aku sedang berbaring tiba-tiba aku mendengar desir suara seperti bunyi kisaran gandum dan berdengung seperti lebah. Dan terlihat pancaran kilat lalu mengangkat kepala kerana terkejut dan takut. Tiba-tiba aku nampak bayangan hitam berdiri tegak memanjang memenuhi ruang rumahku. Lalu aku mendekati bayangan itu dan terasa kulitnya seperti bulu landak. Bayang itu menyemburkan cahaya seperti semburan bunga api ke arah mukaku sehingga aku menyangka badan dan rumahku terbakar. Lalu Rasulullah s.a.w. menyatakan, “itu adalah syaitan yang mahu mengacau atau membuat keburukan di rumahmu ya Abu Dajanah. Lalu Rasulullah s.a.w. menyuruh Saidina Ali b. Abi Talib, tulislah ini, maka Saidina Ali pun menulisnya seperti di atas. Aku membawa tulisan tersebut balik ke rumah dan aku letakkan di kepala dan tidur. Tidak lama aku mendengar jeritan dan tangisan berkata, “Wahai Abu Dajanah, engkau telah membakar kami dengan perkataan/tulisan di atas. Demi kebenaran sahabatmu, tolonglah buangkan tulisan tersebut, aku tidak akan mengacau engkau lagi. Tolonglah!. Abu Dajanah menjawab, “aku tidak akan membuangnya sehingga Rasulullah s.a.w. menyuruh aku membuangnya”. Abu Dajanah menyambung ceritanya, “sepanjang malam tersebut aku mendengar jeritan dan suara mengerang kesakitan sehinggalah menjelang Subuh. Ketika aku bersembahyang Subuh bersama Rasulullah s.a.w., aku telah menceritakan kepada Baginda hal tersebut. “Demi Allah yang telah mengutusku sebagai Rasul, sesungguhnya mereka (syaitan-syaitan) itu telah merasakan kesakitan dan akan menerima azab siksa hingga ke hari Kiamat.

Keistimewaan Tulisan Ini:
1. Menghalang gangguan makhluk halus.
2. Menghalang ilmu hitam dan sihir.
3. Menundukkan kezaliman orang yang zalim.
4. Memecahbelahkan kesatuan musuh.